Rabu, 19 Ogos 2009

JANGAN KETERLALUAN

Hidup ini sangat indah...pemusnahnya sifat keterlaluan...kecantikannya juga datang dari keterlaluan... ada yang indah dalam keterlaluan... dan kita juga di larang keterlaluan.. di sini abuya ingin rungkaikan beberapa perkara yang keterlaluan yang tidak boleh dalam kehidupan.. hidup ini indah...jangan musnahkan dengan sifat jahil yang tak terjaga...

1. Keterlaluan dalam percintaan

Ada pecinta bila bercinta dia keterlaluan... pentingkan kekasih lebih dari tuhan... berseronok
sehingga lupa agama dan adab manusiawi. menghambakan diri kepada cinta, sehingga ramai
kini sanggup mati kerana cinta dunia dari mati dari cinta kepada penciptaNya. Hilang rasa
malu kerana dilambung bayu asyik percintaan sehingga alpa "siapa aku sebenarnya???,
hamba cinta atau hamba tuhan yang menciptaku?".. ramai remaja kini hanyut pada masa
muda berpunca dari percintaan yang keterlaluan.. kehilangan harga diri maruah diri dan
keluarga dan yang sangat sedih bila ditanya agamanya adalah islam, ini keterlaluan.

2. Keterlaluan dalam hubungan

hubungan?
antara isteri dan suami, anak dan ibu dan seumpamanya... di zaman ini terlalu banyak yang
keterlaluan. sahabat,isteri,suami,anak,ibu,ayah,orang tua....
Takut sedih dan pelbagai yang dirasa...isteri tidak lagi menghormati suami, menderhaka,
curang dan tidak lagi taat, walhal itu berdosa besar... keterlaluan. Anak meninggikan suara
kepada ibu, membuat ibu menangis, menyakiti ibu...sungguh sedih dan keterlaluan. orang
muda tidak lagi menghormati orang yang lebih tua..hilang adab dan sopan, kurang ajar
berkata kesat dan semuara tinggi. kemana perginya hormat??? tunduk apa bila berkata-kata
tanda hormat, tidak meninggikan suara tanda hormat, berlemah lembut tanda hormat, hilang
disebabkan iman dan jatidiri islam yang tidak kuat dalam diri... keterlaluan.

3. keterlaluan berpakaian

Lelaki? perempuan?
lelaki?
Berseluar pendik, mewarnakan rambut, berkuku panjang..ini style atau kerja sia-sia untuk
tiket ke neraka?
perempuan?
Abuya rasa sangat kecewa... tentang style hidup dan berpakaian untuk wanita sekarang,
kesian kaum wanita islam yang di peralat untuk memperagakan pakaian hasil idea orang
-orang kafir dan jahil. pakai tudung tapi nipis berbayang..walhal ada tudung yang cantik dan
tidak menampakkan aurat.. pakai baju labuh (baju kurung) tapi nipis..menampakkan segala-
galanya.. APA INI?..gaya orang islam yang cuba memperbodohkan agama dan hukum agama
sendiri?? bertudung tapi nampak rambut dan lehir...berbaju tetapi nampak badan dan semua
yang ada didalam baju...keterlaluan...
penjualnya islam - persoalannya adakah dia jahil tentang hukum?
pembelinya islam - peroalannya adakah dia jahil tentang hukum?
kepada para wanita...kitab Al-Quran tidak pernah diubah isinya dan sesuai digunakan untuk
mana-mana zaman.. hukum tetap hukum..jangan kita keterlaluan hingga mengeluarkan wang
sendiri atau orang lain untuk seolah-olah membeli tiket membakar diri di akhirat...

Janganlah kita keterlaluan, mohonlah ampun dari Tuhan dan ingatlah azab dan balasan Allah s.w.t dan pesanNya janganlah kita keterlaluan melakukan kemungkaran... Jika keterlaluan nantikanlah ape yang telah Allah janjikan...





Abuya Katang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan