Selasa, 1 September 2009

CINTA DULU BIAR BERLALU




PERNAH tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang...ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun Jauh beribu batu?

Jika ada...itu namanya
CINTA.

Cinta ..suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri...Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka orang yang sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di sudut hati, cinta masih terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, tapi adakalanya kita masih teringatkan dia. Meskipun semuanya itu sudah bertahun berlalu...namun dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.

Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu urat telah timbul di pergelangan tangan kita. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya......

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eksklusif, tersendiri amat...

Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka-reka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis...

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkanku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu sekarang ini? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia...kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia 'telah tiada'...

Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorang dan kita amat merinduinya? Kita mahu segera berada di sampingnya. Kita mahu dia mendengari kita. Ketika itu, cintalah namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa dirinya lagi, dan siapa diri ini lagi. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merinduit suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan yang kewujudan manusia di muka bumi.
TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Walau kita cuba menghilangkannya..namun ia tetap datang dan datang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan